“HIMPUNAN DOA DARI AL-QURAN DAN HADIS” merupakan
kumpulan doa yang dipetik dari kitab suci al-Quran dan hadis-hadis
Rasulullah yang menjadi pegangan umat Islam. Doa merupakan suatu
kalimah yang banyak disebut dalam al-Quran. Setiap kalimah itu
membawa maksud yang tertentu iaitu memohon bantuan, pertolongan
dan perlindungan. Doa juga merupakan permintaan hamba kepada
Allah SWT semata-mata. Tidak ada tempat meminta Yang Agung selain
daripada kita meminta kepada Allah SWT.
Doa merupakan tali penghubung antara seorang hamba
kepada Tuhannya.
No reviews found