PENULIS: Pawang Ana, Raja Haji Yahya
ISBN: 9789834903732
HALAMAN: 128
TAHUN CETAKAN: 2016
PENERBIT: DBP
Hikayat Malim Dewa merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis pada masa dahulu sekitar . Pengarangnya tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini.
'Sebagai pengenalan, Sultan Malim Dewa ialah ayahanda kepada Sultan Malim Deman yang saya baca terdahulu.
Membaca buku kedua ini, saya mulanya hanya menganggap satu bacaan sama tentang hikayat (fiksyen) yang bercerita perkara-perkara magis. Saya fikir tidak ada beza dengan buku pertama.
Nyata, prakata buku ini mempersona saya. Kenapa hikayat ini berulang-ulang gaya ceritanya. Ada sebab yang saya yakin sangat relevan. Indahnya susur galur penghikayatan ini. Cantik betul budayanya.
Ceritanya pula, hal anak raja yang sempurna sifat, tampan dan gagah. Mempunyai ilmu sakti, sampai memperoleh lima isteri! Hehehe! Ada babak tertentu, teringat pula saya cerita Madu Tiga lakonan P Ramlee.
Seronok membaca sastera klasik sebegini. Lebih seronok kalau dapat membaca dengan yang pakar dalam bidang ini. Dengan cara itu, bolehlah difahami dengan lebih lanjut'-Shahrulnizam mohamed Yusof-
No reviews found