Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN-13: 9789834601904
Jumlah Muka Surat: 428
Berat (Kg): 0.52
===========================
Iskandar Zulkarnain merupakan tokoh yang sering mendapat tempat dalam penulisan dan penceritaan dalam karya-karya klasik. Nusantara terutama yang berkait dengan kisah kepahlawanan. Walaupun terdapat perdebatan dalam kalangan sarjana tentang salasilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar, namun tokoh ini tetap dikenali dan digelar sebagai penakluk yang agung. Hal ini terbukti misalnya dalam karya klasik Melayu seperti Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar zulkarnain. Selain itu, disebutkan juga bahawa Iskandar Zulkarnain merupakan pahlawan Islam yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim.
Sebagaimana yang dihasratkan olen penyusun, Hikayat Iskandar Zulkarnain dipersembahkan dalam bentuk yang lengkap tanpa perubahan dan penambahan pada kandungan teks asal. Hal ini akan memudahkan pengkaji membuat penelitian secara menyeluruh terutama berkaitan aspek latar belakang budaya Melayu dan hubungannya dengan kebudayaan lain.
No reviews found