Healing The Invisible Wound. Karangkraf. [RAK 29]

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

Invisible Wound bermaksud luka yang tidak tampak. Itulah luka emosi atau kecederaan psikologi yang berlaku dalam diri seseorang.

Berbeza dengan luka fizikal yang nampak jelas di mata, ia berbeza dengan luka emosi di hati, tidak tampak di mata tetapi ia dapat dirasa.

Dan seringkali kita mengabaikan luka itu dengan anggapan bahawa masa akan menyembuhkan.

Namun, benarkah masa menyembuhkan?

Ya, benar. Luka memerlukan masa untuk sembuh. Namun luka juga memerlukan rawatan yang membantu untuk membersihkan luka, disapu ubat tertentu dan dibalut luka itu.

Bahkan, ada ketika luka itu perlu dibuka dan disapu ubat dan dirawat berkali-kali.

Sakit?

Ya, sakit.

Proses rawatan itu memang menyakitkan. Membersihkan luka itu adakalanya menyengat dan ngilu. Proses itu memerlukan kekuatan dan kesabaran yang jitu.

Pun begitu, luka perlu dirawat.

Kerana jika tidak, ia mungkin mendatangkan komplikasi yang tidak dapat kita jangkakan,iaitu penyakit mental. Atau luka itu akan merebak dan menjejaskan kesihatan mental kita, samada kita sedar atau tidak.

Bersusah-susah dahulu merawat luka, agar kita tidak lebih susah di kemudian hari.

Cerita dalam Al-Quran adalah cerita yang memujuk hati, memberi ruang kepada kita mengisi hati dengan kisah-kisah dari Al-Quran dan Hadis.

Bacalah buku ini seumpama anda membaca novel.

Selami psikologi emosi watak dalam setiap cerita, sehingga akhirnya kita memahami apa yang mereka rasakan, yang akhirnya akan membantu kita untuk bangkit dari kekecewaan, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian.

BUKU INI SESUAI UNTUK SIAPA?

  • Buku ini sesuai untuk anda yang sedang bergelut dengan isu emosi, untuk anda yang punya inner struggle dari dulu hingga sekarang, juga buat anda yang sedang mencari kerehatan emosi dan spiritual.
  • Buku ini untuk anda kerana buku ini bercerita tentang kisah dalam Al-Quran dan Hadis dengan nada yang memujuk hati.
  • Digabungkan pula dengan penjelasan dari pakar psikologi dan psikiatri yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kesihatan mental.
  • Maka buku ini merupakan kombinasi terbaik bagi mereka yang mencari jawapan tentang bagaimana figura cerita Al-Quran dan Hadis ini mengurus emosi dan akhirnya bangkit dari kesakitan yang pernah mereka alami.
  • Sesuai juga untuk hadiahkan pada kawan atau kenalan anda yang anda rasakan sesuai untuk mereka.

No reviews found