===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-92-7
Jumlah Muka Surat: 125
Berat (Kg): 0.12
===========================
Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, siang hari ia sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar. Suatu hari, Doktor Penatdol dari Jabatan Kesihatan Hantu telah membuat pemeriksaan. Setelah penilaian dibuat, di dapati semua hantu mempunyai masalah berat badan. Toyol sudah tidak boleh mencuri kerana tersekat di pintu pagar. Pontianak sukar menakutkan manusia akibat asyik jatuh tersembam dari dahan bertenggek yang patah. Langsuir pula hanya mapu terbang rendah, macam helikopter yang rosak kipasnya.
Lantas pengetua terus melancarkan program Hantu Mahu Saiz S. Tengkurock, si hantu jerangkung pula dilantik menjadi jurulatih tidak bertauliah. Mampukah hantu-hantu Sekolah Seram Bangsar kembali langsing dan bersaiz S semula? Ikuti kisah ini sambil berdiet juga ya!
No reviews found