Travel 18 Hari ke 6 Bandar di 2 Negara
Hanoi - Sapa - Hekou - Dali - Lijiang - Kunming
Tidak pernah travel seorang diri ke negara asing. Dalam episod perjalanan kali ini, aku ditemani adik dan anak saudaraku semasa di Hanoi. Kemudian, bergerak ke Sapa, Vietnam secara solo sehingga tamat pengembaraan yang berakhir di Kunming, China.
Tidak menyangka akan melakukan perjalanan yang panjang ini berseorangan. Perancangan yang berubah di saat akhir. Namun, aku teruskan.
Mencicip kopi dan menikmati popiah Vietnam di Hanoi Train Street, menaiki feri ke Halong Bay dan melewati anak tangga di perkampungan Cat Cat, Sapa.
Merentas ke China di sempadan Lao Cai - Hekou dan menaiki keretapi laju antara bandar di wilayah Yunnan, China. Melawat kota lama Dali, Lijiang dan Guandu yang mengekalkan ciri klasik dan seni bina bangunan lama. Meredah hujan ais dan salji di Jade Dragon Snow Mountain dan hiking Tiger Leaping Gorge.
Menjalani 18 hari yang bersilih ganti dengan putaran emosi gembira, kecewa, sedih, marah, keliru dan takut. Semua itu warna-warni yang dirakamkan dalam buku kembara ini.
Mahukah travel solo lagi?
Mungkin.
Percayalah, kau boleh pergi jauh.
224 pages, Paperback
Published January 1, 2023
No reviews found