SINOPSIS / SARI RANSANG
Kahwin?
Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK, tidak pernah terlintas di hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan kawan baik sendiri. Bekas tunang kawan baik pula tu.CK yang 'selamba badak'. CK yang 'cool'. CK yang punya segalanya yang diimpikan. CK yang tidak perlukan perempuan untuk rasa bahagia. CK yang cukup dengan dirinya sahaja. Namun, tiba-tiba dia ada Kaseh Hadana.Kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup lelaki itu umpama gempa bumi yang menyergap tanpa ama-ran. Kaseh Hadana bagai puting beliung yang bertiup kencang, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau. Yang buat seorang CK diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, tergendala di tengah jalan apabila status 'Half Girlfriend' sudah bertukar menjadi 'Isteri'.Seorang dari planet Marikh; dan seorang dari planet Zuhrah. Apabila dua makhluk itu bertemu di planet Bumi... peperangan demi peperangan berlaku.
"Kau memang! Tak sofistikated langsung." ~ Hadana"Only those who are complicated will have such sophistication." ~ CK"Mengaku ajelah kau tak sophisticated!" ~ Hadana"Aku? Tak sophisticated? Try me." ~ CK
Siapa tahu, angin dingin dari 'offshore' yang menggoda, memeluk dan membelai diri lelaki tenang dan selamba badak itu, membuka satu dimensi lain buat CK. Sekali gus, segala-galanya berubah. Konflik meruncing apabila niatnya dipersoal dan kelelakiannya dicabar.Brother Code mereka tidak pernah menghalang; Naufal juga tidak pernah ambil peduli; mengapa tiba-tiba Naufal bereaksi berlebihan pula?
"ALLAH tahu kau belum bersedia. Sebab itu DIA pinjamkan Naufal untuk aku, kerana kau per-lukan masa untuk menyanyangi aku." ~ Hadana.Dia lelaki yang terluka akibat peristiwa masa silam. Namun dia juga yang dihantar TUHAN untuk menjaga dan mencintainya. Dia... hanya satu dalam sejuta. Dia... adalah lelaki selamba badak yang punya hati yang luas dan berbunga-bunga.
No reviews found