Perbahasan berkenaan jin belum tamat sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah hari ini. Bagaimanapun, adakah jin boleh dijadikan kawan atau lawan pada diri kita?
Syeikh Mahmud Syaltut, mantan Syeikh al-Azhar dalam bukunya yang bertajuk al-Fatawa berkata: ”Ramai khalayak dan masyarakat berpendapat di alam buana yang luas ini disebalik manusia yang pandai berbicara dan mempunyai akal serta bekerja, terdapat jenis makhluk yang lain bersifat ghaib tidakmungkin dapat dilihat pada zatnya tetapi diketahui dengan segala kesan dan perlakuannya.”
Buku karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang bertajuk Hakikat Jin: Kawan atau Lawan?, merungkaikan segala tanya-tanya yang berada di fikiran selama ini berkenaan jin.
Antaranya ialah Siapakah Jin?, Apakah Makanan dan Minuman Jin?, Bolehkah Bercakap Dengan Jin, Bolehkah Berkahwin Dengan Jin, dan Bolehkah Jin Menculik Manusia?. Ini semua akan dijawab di dalam buku Hakikat Jin: Kawan atau Lawan?. Semoga dengan terbitan kali ini dapat membantu pembaca dalam memahami apakah konteks Jin dalam ajaran Islam.
No reviews found