Gosip Sri Bangsar: Cikgu Paling Berhantu (L177)

Write a review
RM17.00
Ask a question
978-967-0411-43-9
Out of stock

Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5
ISBN-13: 978-967-0411-43-9 
Tarikh Terbit: 24 Apr 2015
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg) : 0.23

====================

Sinopsis

Sempena menyambut Hari Guru 16 Mei dua minggu lagi, Cikgu Nazha selaku guru sidang redaksi majalah Sekolah Sri Bangsar telah memberi tugasan kepada semua ahli buletin untuk menulis artikel Guru Paling. Setiap ahli diberi pilihan untuk menulis tentang artikel seorang guru sahaja. Lima artikel tentang Guru Paling akan dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Betty dan Wilma bersaing untuk merebut tempat kelima teratas dan saling mahu tunjuk taring dalam penulisan artikel kali ini.

Malang tidak berbau, Betty pula ditimpa kemalangan semasa mahu menyiapkan tugasan buletin tentang artikel Guru Paling. Namun kemalangan itu meragukan Betty sendiri.

“Apa yang peliknya?” tanya Milah dengan bersungguh-sungguh.

“Saya dapat rasa ada tangan yang menolak saya sampai jatuh tangga itu. Bila saya ingat balik peristiwa yang memeritkan itu, saya rasa itu cuma khayalan sahaja. Tetapi jauh di sudut hati, saya yakin seperti ada orang yang menolak saya dari belakang.” Betty bersungguh-sungguh bercerita tentang pengalamannya jatuh tangga.

Semua sudah meremang bulu roma.

No reviews found