ISBN:9789674390587
Berat (Kg): 0.569
===========================
Dalam suasana persekitaran yang penuh mencabar ini, kadang-kadang sumbangan dan penglibatan kaum Hawa yang mampu mencoretkan wajah sejarah dunia sering dinafikan. Ada yang mendengarnya hanya sepintas lalu malah ada juga yang tidak mengenali watak-watak hebat dalam kalangan kaum Hawa ini. Dalam sejarah Islam penglibatan kaum Hawa amat dihargai malah ada dalam kalangan mereka dijamin syurga kerana perjuangan mereka dalam memartabatkan syariat Islam.
Buku ini berkisar berkenaan wanita-wanita hebat yang dijamin syurga tersebut. Siapakah mereka itu? Dan apakah yang membuatkan mereka begitu hebat sekali sehinggakan dijamin syurga untuk mereka? Pasti kita ingin mengetahui semua itu. Dengan mengetahui perkara ini semoga kita mendapat inspirasi dan motivasi untuk menjadikan mereka sebagai model dan contoh teladan yang boleh kita ikuti. Selain itu juga kita mengetahui bagaimanakah sumbangan kaum Hawa yang cukup besar ini dalam memperjuangkan Islam. Maka tanggungjawab itu bukan sahaja dipikul oleh kaum Adam semata-mata. Peranan kaum wanita juga begitu besar. Bak kata pujangga, “tangan lembut yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.”
Dengan perkongsian dan pencerahan yang diterjemahkan dalam susunan perkataan ini, moga-moga ia mampu menjentik semangat perjuangan ke dalam diri kita agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaan-Nya. Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatan Allah S.W.T.
No reviews found