Gendang Perang Carl Von Clausewitz (2023) | Buku Strategi Peperangan Terjemahan Projek Hitam [BIBLIO]

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
In stock
+

Tajuk: Gendang Perang
ISBN: 9789670040110
Penerbit: Biblio Press & Prestasi
Terjemahan Oleh: Projek Hitam
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 153
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
SINOPSIS
"Perang adalah kesinambungan politik dengan cara yang berlainan."
Gendang Perang ialah percubaan Barat dalam memahami peperangan, baik dari sudut dinamik dalamnya mahupun sebagai instrumen dasar. Sejak kemunculan pertamanya pada tahun 1832, naskhah ini telah dibaca oleh seluruh dunia dan telah dijadikan panduan para tentera, negarawan dan golongan intelektual dari pelbagai generasi.
Clausewitz mendasari kajian beliau dengan pemerhatian dan pengalamannya sendiri ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Beliau juga memasukkan contoh-contoh daripada peperangan tersebut dan beberapa peperangan lain bagi menegaskan pernyataannya. Penerokaan yang mendalam beliau terhadap teori strategi telah mengubah landskap peperangan moden.
Dua abad kemudian, Gendang Perang masih kekal sebagai naskhah yang kontroversi dan berpengaruh terhadap pemikiran strategik.
Terjemahan RIngkas Karya On War Carl von Clausewitz
Buku 1 Sifat Semula Jadi Perang
Bab 1 Apa Itu Perang?
1. Pengenalan
Kita perlu menilai elemen utama dalam subjek ini dan mengembangkan setiap cabang yang ada, sedikit demi sedikit dan akhir sekali secara keseluruhan dengan segala yang berkaitan - untuk peringkat tertinggi, bermula dari asas hingga yang paling kompleks. Penting untuk kita rangkumkan seluruh sifat semula jadi perang itu tanpa tertinggal apa pun, Penting juga untuk setiap cabang daripada keseluruhan konsep berada dalam pandangan kita.
2. Definisi
Kita tidak melabel perang secara abstrak atau berdasarkan apa yang disebut oleh kumpulan berkepentingan. Makna perang itu sendiri telah ditentukan, iaitu:
"Tindakan keras untuk memaksa pihak lawan memenuhi kehendak kita sendiri"
Kekerasan, dalam pelbagai bentuk, ialah elemen penting untuk memaksa musuh mengikut kehendak kita. Itu yang menadi matlamat utama. Untuk mencapai matlamat ini, musuh perlu dibuang kuasa melawan.
3. Daya Kuasa
Pihak yang merasakan diri mereka baik, sering membayangkan bahawa kaedah terbaik membuang kuasa musuh adalah tanpa pertumpahan darah yang besar dan ia dilihat sebagai jalan terbaik dalam konteks seni peperangan. Namun, pemikiran itu merupakan kesilapan besar; yakni perkara paling bahaya dalam perang adalah munculnya sifat kasihan kepada musuh.
Dalam menggunakan sepenuhnya daya kuasa dan tanpa belas kasihan untuk berperang, tidaklah bermakna semua tindakan dibuat tanpa perancangan. Apabila berperang, manusia bertamadun dilihat kurang kejamnya berbanding orang gasar. Mereka tidak membunuh tahanan perang, tidak memusnahkan bandar atau daerah. Hal ini kerana mereka mempunyai sumber risikan yang lebih baik dan menyebabkan mereka bertindak berdasarkan keperluan dan tidak bertindak atas naluri dan hati semata-mata.

No reviews found