Tujuan antologi puisi ini ialah mengumpulkan karya-karya Usman Awang dan bersamanya, karya dua orang penyair yang lebih muda, yang memperlihatkan persamaan dengan karya Usman, dari segi tema atau gayanya. Oleh yang demikian antologi puisi ini juga bertujuan memperlihatkan warisan Usman sendiri; di suatu pihak menegaskan pengaruh baik Usman, dan di pihak yang lain menunjukkan perjuangannya yang masih diteruskan, dan diperlukan untuk Malaysia yang berbilang bangsa, yang berjati diri dan bangga dengan sastera dan sejarahnya.
Dalam usaha menyusun antologi puisi bersama ini kami sangat merasakan bahawa “zaman Usman” (sekiranya zaman ini dapat dinamakan demikian) mengalir juga melalui karya ramai penyair. Puisi mereka yang bergema dengan ghairah keterlibatan Usman Awang.” - SN Muhammad Haji Salleh.
No reviews found