Penerbit: IBDE Ilham
Penulis: Frank Swettenham
Muka Surat: 192
Format: Softcover
Berat (kg): 0.465 kg
Dimensi (cm): 23.9 cm x 15.4 cm x 2 cm
Buku ini bukanlah kisah kembara, ataupun mudah kata, catatan pengalaman sang kelana di sebuah negara asing. Buku ini ialah serangkaian pemerihalan suasana di Tanah Melayu dan gelagat orang Melayu nukilan seseorang yang telah meluangkan masa terbaik hidupnya dalam kehidupan manusia yang cuba dia ceriterakan.
Buku ini tidak memuatkan perangkaan, bukan tentang sejarah, bukan tentang ilmu alam, bukan tentang sains, bukan tentang yang palsu mahupun yang benar, tiada unsur politik, bukan hendak memberi nasihat, bukan hendak berkhutbah—sekadar percubaan membangkitkan perhatian kita kepada kehidupan manusia yang cukup menarik tetapi belum pernah dibincangkan yakni penghuni di sebuah negara di Timur, paling indah namun tidak diketahui ramai.
Apabila tiba waktunya, para pengembara akan hadir lantas menerbitkan pengalamannya sekitar Tanah Melayu dan orang Melayu. Tatkala dia memandang kagum akan negeri ini lalu penuh berseni melukiskannya, dia juga akan dapat memerhatikan ciri-ciri sebahagian kecil warganya yang saya berani katakan, kehidupan batinnya tidaklah sepenuhnya jujur digambarkan di sini.
No reviews found