Antologi ini memuatkan puisi karya pemenang Sayembara Penulisan Puisi 50 Tahun GAPENA 2021. Pelbagai subjek dan prespektif menjadi teras karya tersebut dengan kerencaman teknik pengkaryaan. Permainan bahasanya juga pelbagai , daripada yang bersifat polos mahupun yang diselubungi bahasa perlambangan yang pekat , dan seperti kata juri , terdapat dua aliran karya yang dipersembahkan : bentuk konvensional , dan puisi naratif . Kedua - duanya dilihat berupaya mendukung peranan dalam menyampaikan pemikiran penyajak kepada khayalan pembaca . Pelbagai tema yang ditawarkan dalam setiap karya yang menjadi pemenang hadiah kali ini bukan sahaja menunjukkan kerencaman dalam teknik pengucapan malahan berdaya maju apabila penyajak berusaha menyelongkar pelbagai idea atau subjek untuk dituangkan ke dalam karya.
No reviews found