“Saya dan suami sama-sama bekerja. Namun, kerja rumah saya yang dibuat daripada memasak, memasak, menyediakan makan pakai dan mengurus anak-anak. Suami adalah tolong sikit-sikit ambil syarat. Kalau anak-anak memang semua melekat pada saya. Saya yang suapkan makan, tukar lampin, mandikan si kecil dan menyusu sepenuhnya. Ayahnya hanya tahu bermain saja dengan anak. Saya dah macam hamba dalam rumah. Akhirnya saya jadi penat dan letih … .”
Ini salah satu kisah yang dikongsikan dalam buku ini. Ia masalah yang sering berlaku dalam rumah tangga seharian yang jika tidak ditangani lebih awal boleh membawa keretakan dalam rumah tangga.
Buku ini merupakan kesinambungan buku pertama tulisan penulis INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA.
Dengan pengalaman 'sebenar' kehidupan penulis lalui, juga mendapat pengalaman orang sekeliling yang tidak didedahkan identitinya ditambah pula buah-buah nasihat serta panduan ilmu fiqh, komunikasi, serta kemahiran kehidupan, semua kisah di dalam buku ini dibaca dengan kemas dan penuh maklumat tetapi santai untuk sajian mata dan minda pembaca.
Hidup ini perlu ada matlamat yang jelas, mahu bahagia dunia akhirat. Mahu bahagiakan orang sekeliling. Namun, bahagia ini perlu didoakan, perlu diusahakan, perlu dicari. Menghadapi ujian dengan persediaan ilmu yang lengkap adalah cabang penting dalam kehidupan. Justeru, pilihlah untuk bahagia. Jangan putus asa.
No reviews found