Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.
Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.
Syed Alwi Alatas adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.
Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak enam judul buku motivasi (Ubah, Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan.
No reviews found