Formula Merawat Hati [MUSTREAD]

Write a review
RM19.90
Ask a question
978-967-0392-94-3
In stock
+

=================
ISBN: 978-967-0392-94-3
Jumlah Mukasurat 164
Tarikh Terbit 2014-02-17
Berat (kg) : 0.27
=================

Sinopsis

 

Ramai orang membicarakan dan memberi nasihat soal hati, namun tidak ramai yang memahami hakikat hati, serta tidak menjaga hatinya sendiri. Hanya orang yang benar-benar memahami dan konsisten menjaga hati akan dapat memberi nasihat yang benar dan tepat tentangnya. Oleh sebab itu, kami memilih ungkapan dan mutiara kata daripada para ulama, aulia dan arifin untuk dipersembahkan kepada pembaca dalam buku ini.

Sebelum para ulama, aulia dan arifin menasihati kita tentang hati, mereka telah terlebih dahulu mengamalkan dan hidup dengannya. Mereka menimba ilmu daripada sumber kenabian yang jernih dan tidak tercemar, sekali gus beramal dengan ilmu secara konsisten, ikhlas dan tulus kepada Allah SWT. Natijahnya, Allah SWT melimpahkan ilham ke dalam hati mereka, dan dibukakan hijab daripada-Nya. Maka, nasihat mereka bukan sahaja datang daripada ilmu, tetapi juga daripada hijab yang diberi oleh Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging! Jika baik segumpal daging itu, maka akan baiklah tubuh keseluruhannya, dan jika rosak segumpal daging itu, maka rosaklah tubuh keseluruhannya. Ketahuilah, segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati!”

(Riwayat al-Bukhari no. 52)

No reviews found