SINOPSIS
Melalui pengalaman say menyampaikan seminar Tajwid Luarbiasa kepada puluhan ribu
peserta, kami dapati, walaupun seminar tersebut telah berkongsi ilmu tajwid dari A to Z, masih
banyak kekeliruan yang membelenggu peserta.
"Ustaz, bagaimana nak tahu Al-Quran yang saya beli ni Resam Uthmani atau tak?'
"Ustaz, ada tak cara lebih mudah nak camkan mana satu idgham, mana satu ikhfa?'
"*Kalimah Aahadtum ni macam mana nak baca Ustaz? Kena idgham ke, kena qolqolah?'
Segala persoalan tersebut menjadi titik-tolak untuk saya menulis buku ini. la merupakan
himpunan tips, teknik, formula & jawapan yang saya kongsikan sepanjang seminar.
Semua perkongsian tersebut dihimpunkan agar anda mengetahui short-cut lebih mudah
memahami ilmu tajwid agar dengan mengetahuinya, anda membaca Al-Quran dengan lebih
yakin.
KEISTIMEWAAN BUKU INI
Segala short-cut memudahkan anda menguasai tajwid Al-Quran ada saya kongsikan dalam buku
in menerusi 54 topik yang dibahagikan kepada tiga bab besar iaitu:
BAB 1: Tips & teknik - 16 Topik
Dalam bab ini, kami berkongsi tips & teknik lebih mudah menguasai ilmu tajwid melalui
short-cut istimewa.
BAB2: Formula - 17 Topik
Bab ini pula memfokuskan formula mudah memahami perbahasan tajwid bersifat rumit
& mengelirukan.
BAB 3: Hukum-hakam - 21 Topik
Bab ini berkongsi 21 persoalan tajwid yang kerap ditanya oleh pembaca Al-Quran
Dapatkan buku ini, insyaAllah anda lebih mudah memahami tajwid & sekaligus, lebih yakin baca
Al-Quran tapa salah & silap.
No reviews found