Fizik Zarah Asas # (L1)

Write a review
RM58.00
Ask a question
9789674615772
Out of stock

Tajuk: Fizik Zarah Asas
ISBN: 9789674615772
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Ramli Osman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 188
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.35 kg 
Dimensi (cm): 24 cm x 16.3 cm x 1 cm

SINOPSIS

Tentunya ramai yang sudah tahu bahawa semua benda yang dilihat terbentuk daripada molekul dan atom, dan mungkin ada juga yang sudah tahu bahawa atom terbentuk daripada zarah-zarah yang lebih kecil, iaitu proton, neutron dan elektron. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu atau hanya tahu secara samar-samar bahawa proton dan neutron sebenarnya terdiri daripada zarah-zarah yang lebih kecil, dan zarah-zarah inilah, berserta beberapa zarah lain, yang sebenarnya merupakan zarah-zarah asas di alam semesta. Justeru, buku ini membuka lembaran ilmu pengetahuan tentang zarah-zarah asas ini.

Buku ini ditujukan untuk bacaan umum, maka kandungannya adalah pada tahap asas dan diperihalkan secara ringkas agar mudah difahami. Perasaan kagum pasti akan timbul di benak fikiran pembaca tatkala meneroka dunia zarah-zarah asas seperti yang digambarkan di dalam buku ini – dunia yang penuh misteri dan ketakjuban. Selepas membaca buku ini, pembaca diharap akan memperoleh perspektif yang lebih wajar tentang alam sekeliling.

No reviews found