ISBN: 9789671931592
Penerbit:Ikon Syabab Resources
Penterjemah: Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat:78
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.144
Dimensi (cm):22.7cm x 15.2cm x 0.5cm
FIQH PUASA EDISI DAURAH ini adalah sebuah karya yang diterjemahkan daripada Bab Puasa dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah Fi Fiqhi al Sadah al-Syafi'iyyah nukilan al-Allamah Abdullah bin Abdul Rahman Bafadal al-Hadhrami (wafat 981 H). Kitab ini juga dikenali dengan beberapa nama lain iaitu Mukhtasar Bafadal, al-Mukhtasar al-Kabir dan Masa'il al-Ta'lim.
Dalam bab ini, terkandung pelbagai perbincangan dan penjelasan berkenaan hukum-hakam puasa, baik dari sudut definisi dan dalil pensyariatannya, syarat-syarat sahnya, syarat-syarat wajibnya, keadaan tertentu yang membolehkan untuk berbuka puasa, sunat-sunatnya, kafarah jimak ketika Ramadan dan sebagainya lagi. Setiap isi dan inti pati yang terkandung dalam bab ini semestinya ditekuni dan diteliti agar ibadah puasa yang kita lakukan itu sah dan bertepatan dengan kehendak syarak, seterusnya diterima sebagai amal ibadah di sisi Allah.
Mudah-mudahan dengan kehadiran buku ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas di samping merungkai segala salah faham yang timbul berkenaan ibadah puasa.
No reviews found