Buku ini adalah terjemahan daripada kitab al-Aham fi Fiqh Thalab al-Ilm yang dikarang oleh seorang ulama yang masyhur iaitu al-Habib Hassan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff -HafizahulLah-. Kitab al-Aham adalah ringkasan kepada kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah yang juga dikarang oleh pengarang yang sama.
Oleh kerana keringkasan buku ini, kami memilih untuk menterjemah dua bab daripada kitab al-Aham ini iaitu Bab al-Siyam dan Bab al-I'tikaf dan dijadikan terjemahan dalam sebuah buku yang dinamakan: "Fiqh Puasa dan Iktikaf: Menurut pandangan Mazhab Syafi'i".
No reviews found