FEEL GOOD PRODUCTIVITY [RAK 01]

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Rahsia produktiviti bukanlah disiplin. Rahsia produktiviti adalah kegembiraan.

Produktiviti adalah mengenai kerja keras. Jalan menuju kejayaan akan sentiasa dipenuhi dengan kekecewaan yang tiada kesudahan. Tetapi bagaimana sekiranya ada cara lain?

Dr. Ali Abdaal adalah pakar produktiviti yang mempunyai ramai pengikut di dunia, berjaya menemui jalan yang lebih mudah dan gembira untuk berjaya. Berdasarkan penyelidikan psikologi selama beberapa dekad, Dr. Ali mendapati rahsia produktiviti dan kejayaan bukan sesuatu yang sukar. Semuanya mempunyai kaitan dengan rasa-gembira rasa-positif. Sekiranya anda boleh rasa-gembira dan rasa-positif semasa membuat kerja, tahap produktiviti yang lebih baik akan menyusul.

Dalam buku revolusioner ini, Dr. Ali mendedahkan cara sains produktiviti rasa gembira rasa positif boleh mengubah hidup anda. Dr. Ali memperkenalkan tiga ‘pemberi semangat’ tersembunyi yang menyokong produktiviti yang menyeronokkan, tiga ‘halangan’ yang mesti diatasi untuk menyekat penangguhan, dan tiga ‘penyelarasan’ yang menghalang keletihan dan membantu kita mencapai kepuasan yang berkekalan. Pelbagai kisah inspirasi dikongsikan termasuk kisah pengasas, atlet Olimpik, dan saintis pemenang Nobel yang mengamalkan prinsip Produktiviti Rasa-Gembira Rasa-Positif. Dr. Ali juga memperkenalkan perubahan mudah yang boleh dilakukan supaya anda boleh gunakan untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan hidup lebih baik, mulai hari ini.

Berbekalkan ilmu berharga yang dikongsikan oleh Dr. Ali, anda bukan sahaja akan mencapai lebih banyak kejayaan dalam kehidupan. Anda akan rasa lebih gembira dan lebih positif sepanjang perjalanan itu.

No reviews found