Euww... Amani GeliI Lah! (Q16)

Write a review
RM10.90
Ask a question
9789674492236
Out of stock

==================
Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 978-967-449-223-6
Penerbit : Ana Muslim Sdn Bhd
Jumlah Muka Surat : 80
Berat (kg) : 0.139
==================

Sinopsis

“Eee... Ada tahi hidung kat pipi Along!” kata Amani lalu menjauhi Along.

Ketika itu, Amani dan Along baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh berjemaah bersama mama dan papa. Along segera mengambil wuduk kembali. Namun, ketika Along hendak mengulang solat Subuh, papa segera memberitahu bahawa tahi hidung bukanlah najis yang boleh membatalkan solat. Jadi, apakah najis yang boleh membatalkan solat ya?

Kalau kawan-kawan nak tahu, buku ini menerangkan jenis-jenis najis dan kaedah penyuciannya. Selepas ini, kawan-kawan pun boleh beribadah dengan yakin. Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan buku ini sekarang juga!

====================

Isi Kandungan

1. Eh, Ada Anak Anjing Lah

2. Haa, Haikal Kencing Lagi

3. Ish...Tahi Cicak Lah

4. Mama, Kaki Amani Luka

5. Eee... Tahi Hidung

=================

Keistimewaan Buku Ini :

- Buku ini menarik kerana helaian halaman yang berwarna dan setiap helaian disertakan dengan ilustrasi gambar yang comel dan menarik.

-Terdapat juga hadis yang berkaitan dengan najis dan dapat menambah pengetahuan kanak-kanak.

- Diakhir bab ini terdapat maklumat dan info mengenai jenis-jenis najis seperti :

1. najis mughallazah (najis berat) dan cara penyucian.

2. najis mukhaffafah (nangis ringan) dan cara penyucian.

3. najis mutawassitah (najis sederhana) dan cara penyucian.

No reviews found