===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8”
ISBN-13: 978-983-2423-27-0
Jumlah Muka Surat:184
Berat (Kg): 0.22
===========================
SARI RANSANG
Kita hidup di dunia ini atas dua pilihan.
Ya atau tidak.
Benar atau salah.
Adil atau zalim.
Tinggi atau rendah.
Taat atau ingkar.
Tebal dan nipis.
Mato atau...
========================
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
CATATAN PENERBIT
HERE TAKE A SMILE.
DEFINISI
UKHUWAH 2.0
THE POWER OF EGO
TULIS
DAKWAH
JALAN NI SUMPAH PANJANG
DAYUS & MARUAH
ABU
PERHAPS
MIDNIGHT THOUGHTS
KISAH AKU
I LOVE HER
PILIHAN
BUKAN CERITA REKAAN
KEYBOARD WARRIOR
CIKGU AZMAN
A JAR OF HONEY
REMEDY
RINDU
CHAD
JUST SOMETHING
PROFIL PENULIS
================================
ULASAN
Penulis buku ini membiasakan dirinya dengan panggilan Mato. Sempena kependekkan nama pena nya ; Budak Tomato, suatu identiti yang dirahsiakan. Bahkan tinggal di seberang laut sana. Penulis, seorang belia yang mungkin seusia kita yang menjadikan medan penulisan sebagai medan dakwahnya, berkongsi tentang penceritaan nilai-nilai kehidupan daripada sudut pandang peribadi dan orang lain.
Secara teknikalnya, penulisan buku ini bahasanya lebih bersahaja, penuh dengan dialog dan memudahkan sebahagian individu yang lebih gemarkan membayangkan sesuatu perwatakan tertentu. Kisah-kisah yang dikongsikan lebih dekat dengan suasana remaja belia zaman kini.
Sepanjang saya membaca buku ini, penulis ada menekankan kisah-kisah insan yang pernah berada dalam kejahilan, kedegilan dan kenakalan. Bahkan, menceritakan proses perubahan dari buruk kepada lebih baik. Dan hasilnya, alhamdulillah berakhir dengan baik.
Tidak kurang daripada itu, penulis banyak menekankan karakter sebagai seorang daie, yang suka menghukum dan tidak menggunakan uslub yang sesuai pada tempatnya terhadap mad'u. Hal ini membuka serba sedikit teguran-teguran kepada para pendakwah terkini tentang seni berdakwah pada generasi terkini.
Bahkan penulis juga menggambarkan karakter ahli usrah yang bermacam karakter seperti, simpan ilmu, menegur dengan salah. Maka menyebabkan orang-orang makin tidak enak dengan kewujudan insan-insan yang mengikuti usrah. Sekaligus, menegur insan yang ditarbiah ini supaya membawa imej yang sebaiknya kepada masyarakat.
Tambahan, di sebalik kisah-kisah yang dikongsikan, banyak kata-kata positif yang boleh menjadikan anak-anak muda lebih bersikap matang dalam merasakan diri berTuhan, berkomunikasi dengan baik dan berukhuwah sesama manusia.
Berbalik pada tajuk 'ESC = ESCAPE' ini, penulis membuka minda bahawa kita perlu berdepan dengan dunia realiti bukannya fantasi. Bahkan perlu sedar bahawa merasakan ketentuan Allah swt itu bukan sia-sia. Meskipun buku ini bukanlah buku yang terlalu sarat dengan dalil yang berkaitan, namun kefahaman terhadap konsep diri masih berTuhan membawa jalan kembali sebagai seorang hamba yang perlu melaksanakan hak seorang hamba juga hak seorang manusia.
-sumber: Kami GeBu, https://bit.ly/2LWpR9b
No reviews found