"Sebenarnya kami kesian dengan ayam-ayam sabung Uncle Tan tu. Kami tahu menyeksa binatang adalah satu dosa. Cikgu kami ajar kami untuk sayang kepada semua makhluk. Kami tengok ayam-ayam itu sampai berdarah-darah dan tiga suku nyawa dilaga oleh Uncle Tan dan kawan-kawan dia. Jadi kami telah berazam untuk menyelamatkan ayam-ayam itu."
"Baik. Saya faham. Kamu semua anak-anak yang cukup baik.
Kamu hendak selamatkan ayam-ayam itu kerana kamu kesian kepada nasib ayam-ayam itu. Tetapi rancangan kamu itu cukup bahaya.
"Bahaya, cukup bahaya," Pak Cik Omar kelihatan serius.
Khatim,Rais, Iimuddin, Alif. Yang paling pintar di antara mereka adalah Khatim. Mendapat gelaran Sir Khatim, kerana berjaya membimbing rakan-rakannya menguasai Bahasa Inggeris dengan kaedah tersendiri. Mampukah juga idea Sir Khatim mengalahkan sang pencuri. Jom baca buku ini untuk mengetahui kehebatan Sir Khatim, hero serba boleh!
No reviews found