[ESASTERA] KUMPULAN SAJAK : BATU PUN BERTERIAK - S. IQRAM (RAK 30)

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

S.Iqram membawa sepersalinan sajak ke dalam busana sastera glokal. Sajak-sajak beliau kemas dengan jalinan diksi yang lengkap ditenun, warna tema yang pelbagai serta kain bahasa yang lembut. Dalam kumpulan sajak Batu Pun Berteriak ini, beliau mengajak pembaca untuk sama-sama berteriak merenung pejal dan kerasnya batu manusia dan manusiawi. Batu bagi beliau ialah antagonis sifat yang keras. Batu bagi beliau ialah senjata paling ampuh untuk melawan kezaliman. Beliau mengajak pembaca untuk sama-sama merenung manusia dan sekitarnya. Sajak-sajak beliau yang lain turut menghantar gagasan yang pelbagai, pedoman yang perlu diekspresi serta pesanan yang rencam. S. Igram cuba keluar dari gaya tipikal penulis kelahiran Sabah yang lain. Benar, bahkan beliau jauh meninggalkan gaya kepenyairan penulis Sabah terdahulu.
Walaupun hanya menulis di alam siber, S. Iqram membuktikan bahawa sajak-sajak siber mash relevan dan berkualiti. Sajak-sajak siber mash berbobot dengan nilal estetika, emosi dan puitis. Dari margin yang berbeza, suara-suara religius masih kuat terpancar dalam kumpulan ini. Bagi beliau, Rabb adalah sebagai al-Khaliq dan manusia sebagai khalifah. Justeru, kita sebagai hamba-Nya perlu mengabdikan diri sepenuh hati menjalankan tugas dan amanah. Kita sebagai hamba-Nya perlu menjadi sebaik-baik kejadian. Jika ada orang bertanya busana apakah yang perlu dipakai sebagai perhiasan diri menuju jalan hakikat, saya tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan sajak-sajak S. Igram yang termuat dalam kumpulan ini

No reviews found