Buku E-SASTERA: Teori & Aplikasi mengemukakan subjek tentang sastera siber secara praktis. Sebagai bentuk media alternatif, perbincangan meliputi perkembangan semasa penyiaran karya sastera secara atas talian (online) termasuk kegiatan mencipta karya melalui bentuk multimedia, interaktif dan fungsi media sosial. Kepentingan buku ini terletak pada keupayaannya menyampaikan maklumat baharu tentang dunia sastera berbahasa Melayu yang terdapat di alam maya. Inovasi portal elektronik, pelbagai aktiviti sastera dan keterampilan penulis yang menggunakan kaedah e-sastera dibincangkan sebagai satu kemajuan medium yang mengambil alih peranan sastera bercetak. Malahan buku ini juga membantu para penulis untuk menerapkan model-model penulisan pelbagai genre secara versi digital.
No reviews found