MULAI, tahun 2012, Esastera Enterprise telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan, dalam bentuk cetakan konvensional, senarai penyair siber pilihan dan sampel karya terbaik mereka yang disiarkan di portal berkenaan. Penerbitan pertama melibatkan dua naskhah antologi puisi laitu Sensasiber: Antologi Puisi Siber 2011 Pilihan Puzi Hadi (Esastera Enterprise, 2012) dan E-Loka: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2011 (Esastera Enterprise,
2012). Buku itu menyiarkan biodata penyair yang aktif
berkarya di alam siber di portal e-Sastera sepanjang tahun 2011 serta karya mereka yang telah dipilih oleh penyair dan deklamator veteran Puzi Hadi melalui aktiviti ulasan bulanan yang dijalankannya.
Kini kami berbesar hati untuk mempersembahkan kepada khalayak buku E-Loka Il yang menyenaraikan penyair yang aktif di portal e-Sastera.com di sepanjang tahun 2012 berserta sajak terbaik mereka yang dikenal pasti oleh Puzi Hadi.
Diharap usaha kami ini mendatangkan manfaat kepada masyarakat sastera Melayu di seluruh pelosok dunia.
No reviews found