HASIMAH Harun aktif berpuisi di alam siber melalui portal eSastera
(URL terkini: www.e-Sastera.com) sejak portal eSastera bermula pada tahun 2002. Tanpa jemu, dia menulis dan mengulas puisi sambil berinteraksi secara "pada talian" dengan rakan-rakan penyair siber lainnya.
Di luar talian, Hasimah aktif dan pandai mendeklamasi puisi. Pelbagai acara telah disertainya, termasuk di Brunei Darussalam dan Indonesia.
Sebagai mengiktiraf penglibatan aktifnya itu, Esastera Enterprise telah menerbitkan kumpulan puisi perseorangannya berjudul Rumput dan Angin pada tahun 2011. Kumpulan puisi itu telah dilancarkan di Alor Setar sempena Hadiah eSastera.com (HesCom) 2011..Nyata kumpulan itu mendapat sambutan menggalakkan.
Buku itu telah didiskusikan oleh cendekiawan sastera Prof. Madya Dr. Arbak Othman di Kuala Kubu Baru, Selangor dalam majlis Bicara Karya dan Program Kemahiran Sastera & ICT (PROKSI) anjuran bersama Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera) dan Persatuan Seni dan Sastera Malaysia (SESAMA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 2 Disember 2012. Diskusi itu diasaskan kepada kertas kerja ditulis Arbak yang berjudul "Realisasi Seni Dalam Puisi: Satu Tinjauan Semiotik-Stilistik Terhadap Puisi Hasimah Harun Dalam Antologi
Rumput Dan Angin".
Kini kami dengan sukacitanya mempersembahkan kepada khalayak kumpulan puisi kedua Hasimah Harun berjudul Bunga dan Bayu.
No reviews found