Antologi puisi Wilayah Cinta mengungkapkan sejumlah kata-kata indah yang menzahirkan rupa hati dan fitrah kasih sayang manusia.
Cinta yang utama, itulah cinta kepada Allah dan Rasulullah, menjadi teras kepada sebahagian besar rangkap-rangkap yang termuat dalam naskhah ini. Seperti keluasan tafsir cinta itu sendiri, puisi-puisi Islami di dalamnya menjangkau kerencaman tema, latar, dan mesej yang digarap oleh para penulisnya melalui pelbagai teknik dan ragam penulisan. Seramai 14 orang penulis berpendidikan luar negara dari pelbagai aliran akademik telah berpadu idea dan kreativiti menukarkan Wilayah Cinta ini ke dalam bentuk naskhah.
Ini merupakan buah tangan kedua Grup Karyawan Luar Negara dalam bentuk antologi puisi sebagai usahanya menggemilangkan budaya penulisan di kalangan pelajar luar negara sekaligus menyuburkan jalan dakwah menerusi mata pena.
No reviews found