Mohd. Mokhtar Abd. Rahman (nama eSastera: mokhtarahman) mula menulis sejak tahun 1954 ketika masih Tingkatan 2. Kebanyakan tulisan dalam genre puisi dan rencana dimuat dalam Utusan Kanak-Kanak, Majalah Tunas, Warta Mingguan, Majalah Belia, Majalah Angkatan, Majalah Pati, Mingguan Pedoman dan majalah sekolah
"The Lighthouse". Tahun 1959 memenangi hadiah sagu hati Peraduan Menulis Cerpen Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjudul "Udin Tertidur". Tersiar dalam Kumpulan Cerita Kanak-Kanak 3, terbitan DBP. Menulis cerpen, rencana lawatan dan beberapa buah puisi dalam Utusan Melayu Mingguan. Pernah memenangi hadiah saguhati Sayembara Cerpen Formula Malaysia berjudul "Pertemuan". Telah memenangi hadiah Naib Johan Sayembara Cerpen dalam tulisan jawi anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negara, Kuala Lumpur berjudul "Warkah".
Cerpen "Pengembaraan Sang Kodok" pernah memenangi hadiah saguhati Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kanak-Kanak dan Remaja Karyanet 2006 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terkini puisinya "Aku Enggan Dilahirkan" sebagai lagu puisi nyanyian Sasterawan Alam Siber (SAS) Anbakri dalam album Cinta dan Aku (terbitan E-Sastera Enterprise, 2011). Antologi
44 Soneta (terbitan E-Sastera Enterprise, 2011) air tangan pertama Mokhtarahman dalam perpuisian tanah air.
No reviews found