Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-904-1
Siapa Erdogan sebenarnya?
Benarkah Kudeta berlaku ataupun hanya rekaan?
Benarkah Erdogan membiayai kumpulan pengganas ISIS?
Apakah kaitan Turki dengan negara haram Israel?
Mengapa Erdogan hendak dibunuh?
Apakah peranan Turki dalam NATO?
Adakah benar Turki sebuah negara Islam, ataupun boneka barat?
Biz Bir Ummatiz: Adakah suatu retorik ataupun realiti?
Siapakah Gulen yang dikatakan musuh dalam selimut?
==========================================
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
BAGAIMANA MENANGANI ISU ERDOGAN?
TURKI NEGARA SEKULAR ATAUPUN NEGARA ISLAM?
SIAPA SEBENARNYA ERDOGAN?
MENGAPA KUDETA (COUP D'ETAT)?
BIZ BIR UMMETIZ: ADAKAH SUATU RETORIK ATAU REALITI?
APA JASA ERDOGAN SEHINGGA MENAWAN HATI RAKYAT?
MENGAPA ERDOGAN HENDAK DIBUNUH?
MEROBOH BENTENG UMAT DENGAN TOPENG ISLAM: FETHULLAH GULEN
SISI GELAP ERDOGAN: BENARKAH TUDUHAN MEREKA?
MENGAPA KUDETA GAGAL?
TURKI PASCA KUDETA: MENDEPANI CABARAN MENDATANG?
BONUS: MENILAI KUDETA TURKI DARI JENDELA AL-QURAN
BIBLIOGRAFI
BIODATA PENULIS
=================================
ULASAN
Teringat peristiwa jaulah bersama anak usrah di Basel, Switzerland. Atas ketidaktelitian diri, sebuah ‘petition’ yang diadakan untuk mengecam Erdogan dan pentadbirannya di Turki telah ditandatangani. Disangkakan ianya salah satu usaha untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Turki. Ternyata sangkaan meleset setelah sebuah ‘pamphlet’ diberi seusai menandatangani dokumen tersebut. Terkejut dan terkedu. Pada masa yang sama, diri tersenyum.
Masakan, disangkakan seluruh dunia berpihak pada Erdogan lantaran usaha-usahanya yang murni dalam mengembalikan Turki dan keadaan dunia secara amnya ke arah yang lebih baik. Ramai yang terpegun dengan kepimpinannya yang tegas dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Tidak disangka, ada yang berpendapat dan melihat keadaan ini dari sudut perspektif yang berbeza. Lantas, aku mengingatkan diri untuk tidak melatah, dan cuba melihat perkara ini dari sudut yang berbeza. Kemungkinan sumber penyampaian maklumat kami berbeza, menyebabkan terhasilnya pendapat yang berbeza. Kepelbagaian harus diraikan, namun kebenaran harus ditegakkan! Sejak dari itu, diri tercari-cari sumber manakah yang perlu dirujuk, untuk lebih mengenali Erdogan dan cuba untuk menggali kebenaran yang melibatkan politik dunia ini.
Dengan adanya buku ini, segala persoalan hampir terjawab. Terlalu banyak isu yang dikupas melalui buku ini, bermula dari permulaan khalifah sehingga kepimpinan Erdogan ke hari ini. Namun, yang paling menarik hati ialah isu peristiwa kudeta yang berlaku pada tahun 2016. Ia berkait rapat dengan pemberian pamphlet dan isi yang tertulis padanya, sewaktu berjaulah di Switzerland.
Melalui peristiwa kudeta, Erdogan didakwa mempunyai hubungan dengan Daish dan IS di Syria. Ada yang mengatakan Erdogan ialah antara pihak yang terlibat dengan konflik di Syria itu. Ini berikutan peristiwa Angkatan Tentera Turki (di bawah pengaruh FETO) berjaya menyekat sebuah trak berisi alatan senjata yang dipercayai bahan senjata yang dibekalkan Erdogan buat tentera IS di Syria. Hal ini sama sekali tidak benar. Namun, oleh kerana media massa kerajaan pada waktu itu tidak mencapai liputan seluas media massa FETO, maka menularlah fitnah tersebut.
Pimpinan Erdogan ditentang kuat musuhnya (FETO) kerana Erdogan dikatakan cuba untuk menghapuskan sekularisme di Turki. Pihak musuh terutamanya pihak Barat (berselindung di sebalik FETO) sangat tidak menginginkan perkara ini berlaku. Selain daripada faktor ekonomi dan kekuasaan politik dunia, pihak musuh juga gentar dengan kekuatan kepimpinan Erdogan kerana corak pentadbirannya seolah-olah mampu mengembalikan kegemilangan Islam seperti sewaktu ketika dahulu. Sekalipun berlaku banyak cubaan rampasan kuasa dan taktik untuk menjatuhkan beliau, namun rakyat Turki tetap berpegang teguh dan bersatu di bawah pimpinan Erdogan. Ini menunjukkan pemilihan kuasa melalui demokrasi rakyat berjaya menjadi sebuah kekuatan untuk sesebuah kerajaan.
Kuasa demokrasi yang sangat kuat itu bertitik tolak daripada kekuatan kepimpinan Erdogan sendiri. Sejak beliau dilantik sebagai Datuk Bandaraya Istanbul lagi, kepimpinannya meraih kepercayaan ramai. Banyak perubahan yang telah berlaku di bawah pimpinan Erdogan, sehinggalah beliau dilantik menjadi Presiden Turki. Kewibawaan dan kebijaksaannya sebagai pemimpin dalam mengatur hal negara sekaligus menguatkan lagi sokongan rakyat terhadapnya.
Namun, kepimpinan Erdogan bukan hanya terserlah di negara beliau. Slogan yang diutarakan, “Biz Bir Ummatiz” (Kita Satu Ummah!) bukan sekadar retorik beliau dan pimpinannya. Erdogan membuktikan usahanya untuk mengembalikan Islam sebagai satu ummat dengan beliau sendiri terlibat dengan beberapa isu dunia seperti di Rohingya, Syria, Gaza, Somalia dan beberapa tempat lagi.
Erdogan Bukan Pejuang Islam?
Masih wujud keperluan untuk mencari sendiri kebenaran daripada sumber-sumber yang berlainan dan tidak bergantung pada satu sumber sahaja. Namun, cukuplah untuk mencorak pendirian pada ketika ini, sewaktu seluruh dunia mencari-cari kesalahan pemimpin yang cuba menaikkan Islam.
Wallahualam.
-sumber: syukri16, https://bit.ly/2s9Zaom
No reviews found