===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8" x 8.9”
ISBN-13: 978967039849
Jumlah Muka Surat: 478
Berat (Kg): 0.58
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8" x 8.9”
ISBN-13: 978967039849
Jumlah Muka Surat: 478
Berat (Kg): 0.58
===========================
Bagi manusia, pakaian dapat memberikan tiga manfaat sekaligus. Selain berfungsi menutup tubuhnya kerana fitrah, pakaian juga melindungi dari pelbagai gangguan dan perubahan cuaca. Pakaian juga boleh menjadi sarana yang dapat mempeindah penampilan.
Dalam firman-Nya, Allah S.W.T menjelaskan kepada seluruh anak Adam bahwa Dia mengurniakan pelbagai kenikmatan. Di antaranya ialah pakaian yang sesuai dengan perbezaan tingkat dan jenis. Allah S.W.T telah menciptakan dua jenis pakaian untuk manusia. Pertama, pakaian yang dapat menutup aurat, iaitu pakaian darurat seperti pakaian dalam dan hijab bagi wanita. Kedua, pakaian yang boleh memperindah penampilan diri, iaitu pakaian luar yang dapat menciptakan kesempurnaan dan kesenangan.
Lain halnya dengan pakaian ketakwaan, iaitu sesuatu yang mantap di hati berupa keimanan dan kesolehan. Ia ialah perhiasan paling baik yang dipakai seseorang. Sebab, produk yang dihasilkanya berupa kesucian diri, rasa malu dan amalan soleh. Kesucian batin itu lebih penting daripada indahnya penampilan zahir. Telanjangnya jiwa dari agama dan akhlak, jauh lebih buruk daripada telanjangnya tubuh. Jadi, maksudnya ialah jiwa lebih berhak untuk mendapatkan kenyamanan.
No reviews found