[E SASTERA] MEJA 17 (EDISI 3) [RAK 30]

Write a review
RM17.00
Ask a question
Price in points: 17 points
In stock
+

Unsur suspense banyak digunakan dalam novel Meja 17. Unsur kejutan itu disajikan dengan baik sebagai wahana yang terkesan menghubungkan cerita dengan pembacanya. Pengarang kelihatan bersungguh-sungguh untuk mencabar pemikiran pembaca melalui unsur kejutan itu. Semua kejutan itu menunjukkan bahawa pengarang memiliki gaya 'permainan' yang tersendiri terhadap pembaca. Dengan menjungkir-balikkan logika pembaca sedemikian rupa, kesan yang mahu dicapainya melalui novel ini telah terlaksana. Bahkan terdampak juga.

Sementara itu, konsep antiplot pada novel ini dapat dibandingkan dengan cerita tradisional Melayu, Hika-yat Bayan Budiman. Apabila dilihat dalam konteks ini, Prof. Irwan ialah tukang bari yang licik dan pintar. Meja 17 menghiburkan. Garapan Irwan segar sekali. Kita yang membacanya juga santai.Meja 17 dibangunkan dengan sarana sastera yang lengkap dan cukup untuk tampil sebagai sebuah karya gaya baru dalam mengghairahkan pembacanya.

Lim Swee Tin dalam kertas kerja "Mengakrabi novel antiplot: Ada apa dengan Meja 17?" yang dibentangkan di Seminar Internasional Sastra Indonesia-Malaysia (SISIM) 2014" di Uni-versitas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia pada 11 November 2014.

No reviews found