Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-430-345-7
Berat (Kg): 0.20
Cerita dalam komik ini menerangkan dengan mudah kaedah berfikir dan bagaimana suatu formula terbentuk melalui hubungan antara dua angka yang berubah bagi nombor dan bilangan. Kandungan dalam komik ini sangat sesuai bagi murid untuk belajar membina asas fungsi pada peringkat sekolah menengah kelak.
Untuk bilangan yang mudah, murid akan melukis gambar rajah atau membuatnya dalam bentuk jadual dan mencari penentunya untuk mendapatkan jawapan. Dengan menggunakan penentu, pengiraan dapat diselesaikan dengan mudah. Daripada pengiraan itu juga, formula dapat dibentuk. Walaupun formula hanya mula digunakan di sekolah menengah, tetapi apabila murid menggunakan formula, mereka akan dapat menjawab soalan dengan lebih mudah dan pantas serta memahami maksud membina formula dan memupuk minat mereka terhadapnya. Formula dan maksudnya diterangkan dalam komik ini.
Dalam matematik, walaupun menghafal formula itu penting untuk menjawab soalan, namun sebaik-baiknya murid memahami maksud dan proses formula itu dibentuk.
No reviews found