DIET BUKAN MITOS
ISBN: 978-983-097-919-9
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB0627
Tebal: 256 ms
Harga: RM35 / RM37
Berat: 0.37 KG (370 gm)
SINOPSIS:
Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.
Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled chichen with blackpepper sauce and baked potatoes.
Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan tertentu.
Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.
KOMENTAR PEMBACA
Membaca naskhah ini membuatkan saya sentap sendiri. Sentap kerana bukan diet yang selalu difikirkan mitos, tetapi pengetahuan tentang ilmu pemakanan dan kesihatan sendiri yang sebenarnya mitos. Terkadang kita ini hanya mengikut-ikut sana-sini. Entahkan betul, entahkan tidak. Lantas kita mengikut teori yang terkadang sampai memudaratkan diri sendiri.
Makan buah itu berkhasiat, maka kita mengambil sehingga enam ke tujuh hidangan setiap hari, sedangkan makan berlebihan menyebabkan bacaan gula meningkat. Ada pula yang beranggapan makan makanan berminyak itu boleh melincirkan pembuangan air besar, padahal makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat itulah yang betul. Sekalipun kedengaran isi kandungannya hanya berkisar tentang fakta, jujurnya saya membaca seolah-olah membaca buku cerita. Fakta dan maklumat pemakanan diselang-selikan dengan pengalaman mahal penulis sebagai dietitian di hospital.
Larut dengan penceritaan yang santai dan menyeronokkan minda. Namun, dalam masa yang sama, otak mula menghadam ilmu baharu dan menyedari kesilapan diri. Buku ini bukan hanya menghidangkan ilmu diet untuk kelihatan cantik, tetapi lebih kepada kesihatan diri. Berinformasi, santai dan menarik. Sungguh!
Faizah Ahmad (Cik Pae)
Jurutera dan Penulis (Perantis Akademi Bonda Nor)
Alhamdulillah, akhirnya terbit sebuah buku yang hebat ini. Sudah lama saya menunggu buku seperti ini di pasaran Malaysia. Lagi-lagi ia ditulis oleh pegawai dietetik yang berpengalaman. Saya suka membacanya dari awal sehingga akhir.
Semua topik yang disampaikan sangat sesuai dengan mentaliti komuniti sekarang. Antara yang menarik perhatian saya adalah makanan sihat itu bukannya mahal. Itulah antara salah faham yang sangat menghantui orang yang baru mahu mula berdiet. Banyak lagi info yang menarik dan saya rasa setiap orang perlu tahu.
Buku ini sangat santai dan sesuai dibaca oleh mereka yang mahu mula diet atau yang sudah berdiet tetapi masih tidak faham-faham asas kepada pemakanan sihat. Nak kurus perlu elak nasi? Semestinya tidak! Buku ini akan huraikan semuanya dengan jelas dan padat.
Rugi kalau tidak membaca buku ini. Anda tidak akan jumpa lagi buku seumpama ini di pasaran. Best! Saya beri lima bintang.
Mohd Khairul Azuan
Dietitian, PPUM
Founder Dietfit Malaysia
KANDUNGAN
Bab2 menarik dalam buku ini:
Bab 1: Diet Hanya Mitos
Bab 2: Diet Bermula Dengan Apa Yang Difikir
Bab 3: Diet Adalah Gaya Hidup
TENTANG PENULIS:
Ruqayyah Muhd, yang dikenali sebagai KAKAK DIET adalah seorang dietitian di hospital universiti sejak tahun 2005. Seorang ibu, penulis yang terlibat secara aktif di dalam promosi kesihatan kepada pesakit dan juga di media sosial. Merupakan penyokong kuat penyusuan susu ibu berkerjaya terutamanya dan terlibat secara langsung sebagai Ahli jawatankuasa Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu USM. Menjadi penceramah tetap untuk Kelas Antenatal yang dijalankan di hospital bagi mempromosikan penyusuan susu ibu dan pemakanan sihat buat ibu-ibu sejak tahun 2013. Turut aktif terlibat di dalam kursus dan latihan penyusuan susu ibu kepada kakitangan Hospital USM. Buku DIET MAK2 adalah buku pertama beliau bersama Galeri Ilmu.
No reviews found