[PTS] Diari Hidup Rasulullah S.A.W (RAK 15)

Write a review
RM11.90
Ask a question
978-983-3372-94-2
In stock
+

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-94-2
ISBN-10: 983-3372-94-5
Tarikh Terbit: 18 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 160

Berat (kg): 0.22

==========================

 

Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.

Prakata   

Pendahuluan   

Bab 1: Solat Tahajud   
Satu Malam di Cileunyi   
Memahami Tahajud daripada
Tafsir Surah al-Israk Ayat 79   
Menjenguk dan Menjejaki Kedudukan
Rasulullah S.A.W   
Malam Keintiman dan Peristiwa Besar   
Fadilat dan Keindahan Solat Malam   
Waktu, Jumlah Rakaat dan Menggantikan
Solat Malam   
Menikmati Solat Tahajud    
Beberapa Bacaan Doa   
Kesan ke Atas Kesihatan   
Kesan Perubatan Solat   

Bab 2: Menyelami dan Memahami Quran   
Membangunkan Generasi Qurani   
Peluang dan Tentangan Menyelami Quran   
Satu Jam Selepas Subuh   

Bab 3:Solat Subuh Berjemaah di Masjid   
Solat Subuh di Masjid adalah Syariat   
Keindahan dan Keutamaan Solat Subuh
Berjemaah di Masjid   
Sebuah Kisah, Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Berjemaah   

Bab 4:Solat Duha   
Dimensi Rezeki dalam Solat Duha   
Kata-kata Hikmah Makna Memberi   

Bab 5: Sedekah   
Memberi Tidak Semestinya Material   
Membedah Makna Sedekah   
Berkat Sedekah   
Berkatnya Hilang Apabila…   

Bab 6: Wuduk   
Falsafah Wuduk   
Hikmah Wuduk   

Bab 7: Berzikir   
Makna dan Hakikat Zikir   
Ayat-ayat Berkenaan Zikir   
Manfaat dan Fadilat Zikir   
Beberapa Kelebihan Kalimat-kalimat
yang Kita Baca   
Singgah di Taman Syurga Dunia   
Selama Ini Kita Cuma Berzikir    
Bagaimana Zikir Dilakukan pada Zaman Nabi?   
Mengikut Aliran atau Tarekat Tertentu
dalam Berzikir?

Fadilat dan Keindahan Solat Malam
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1.    Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2.    Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3.    Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4.    Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah  ayat 16).
5.    Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

No reviews found