Diam Dalam Gempita, Fazleena Hishamuddin [NUSA]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

"Wanita ada suara yang kutubnya berbeza dari lelaki."

Ini adalah sebuah buku yang mahu meraikan wanita, tetapi bukan kerana ingin memperlekeh lelaki, bukan ingin mencari perbezaan antara jantina. Tidak ada guna memberitahu siapa yang betul, siapa yang lebih baik, siapa yang menang dalam satu pertandingan bebal antara jantina. Buku ini sedar, daripada sekadar mencari perbezaan dan ketidakadilan, lebih bermakna kalau kita meraikan perbezaan itu. Lelaki dan wanita dicipta Tuhan dengan fitrahnya yang memang berlainan, sesuatu yang harus dinikmati dan dirayakan.

Perbandingan mewujudkan sempadan, membuatkan kita lupa, lelaki dan wanita sebenarnya saling menyempurna, saling memiliki. Yang menjadikan hidup bermakn bukan kerana kita semua sama, adil dan saksama, tetapi kerana kita berbeza. Buku ini mahu mengingatkan bahawa keadilan ada suara yang kutubnya berbeza dengan lelaki, tetapi kedua-duanya saling melengkapi. Seperti kata Bonda (Mother) Teresa: If we have no peace, it is because we have forgotten that we belong to each other.
- Saharil Hasrin Senin, penulis, pelukis & penerima pelbagai anugerah kesusasteraan negara.

Fazleena Hishamuddin ialah suara penting dalam fiksyen. Jujur, lantang dan unapologetic. Beliau menjadikan babak-babak mudah jadi seriau, magis. Saya terkedu lantas yakin Fazleena bukan sahaja bawa suara wanita moden, tetapi beliau juga membawa suara wanita dari zaman leluhur dalam penyamaran kontemporari.
- Sri Rahayu Mohd. Yusop, penulis prolifik, guru & pemenang pelbagai anugerah kesusasteraan negara.

FAZLEENA HISHAMUDDIN adalah seorang ibu, penulis, penggiat teater dan penulis lirik. Kumpulan cerpennya TARI PASAR PEREMPUAN telah memenangi manuskrip terbaik pertandingan WRITERS UNLEASHED 2.0 (2017) dan lirik PELUKAN ANGKASA menjuarai AJL ke-36 (2022).

No reviews found