Dialog Kecil Pyanhabib: Bonus, Teruskan Saja, Bib!

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Dialog Kecil menghimpunkan 26 buah temu bual eksklusif Pyanhabib dengan beberapa orang penulis dan pelukis tanah air yang secara tidak langsung telah merakamkan sebahagian daripada hingar-bingar dunia seni dan sastera pada dekat dan zamannya itu.

Kendatipun apa yang dikumpulkan dalam buku ini tidak mencatatkan sepenuhnya tentang apa yang berlaku dalam dunia seni dan sastera tanah air - sebagai sidang pengarang majalah Mastika yang juga penggiat seni dan sastera, Pyanhabib cukup memahami apa yang ditanyakan kepada orang yang dia ajak berbual, cukup merasai derita dan bahagia kerja-kerja di pentas tater serta cukup pula mengenali resah pelukis yang tumpah menjadi garis-garis kanvas.

Tidak cukup dengan itu, buku ini juga menghidangkan “bonus” Teruskan Saja, Bib! di penghujungnya. Dua puluh buah catatan kecil Pyanhabib tentang penghijrahannya dari kampung halaman ke Kuala Lumpur. “Gua pergi KL sebab mahu jadi Latiff Mohidin!” Itu sepatah kata Pyanhabib. “Dari Taiping ke Anak Alam, kemudian ke Utusan, main filem ... sekarang duduk rumah main dengan budak kecik (anak saudara), tolong bini angkat tong gas, sidai kain, angkat kain, lipat kain dan jual buku sendiri terbitan ITBM. Ha ha ha!”

Apabila ditanya berapa banyak upah dia dapat sebagai pelakon filem, Pyanhabib menjawab, “Lu dah makan nasik!? Ha ha ha!”

No reviews found