Di Sebalik Tabir' SEJARAH POLITIK MALAYSIA [1945-1957] (L35)

Write a review
RM74.00
Ask a question
9789674610203
Out of stock
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6.5" x 9.3"
ISBN-13: 9789674610203
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 262
Berat (Kg): 0.414
Penulis: Azmi Arifin & Adb Rahman Haji Ismail
===========================
 
Buku ini menghimpunkan pandangan-pandangan baharu sejarah politik Malaysia bermula dari tahun 1945, iaitu selepas zaman penjajahan Jepun, sehingga tahun 1957, iaitu tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Perbincangan tentang peristiwa penting tahun 1945–1957 itu amat padat dengan tafsiran dan dapatan baharu yang menyentuh hal ehwal perkembangan politik di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Tafsiran dan dapatan baharu ini mampu mencabar pendekatan sejarah aliran tradisional yang dianggap sempit dan ketinggalan zaman. Antara peristiwa penting yang disentuh dalam buku ini ialah penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan Union, United Malays National Organisation, Hizbul Muslimin, Malayan Chinese Association, Malayan Indian Congress; pembentukan pakatan PUTERA-AMCJA, Parti Perikatan dan Perlembagaan Rakyat; gerakan Parti Komunis Malaya dan pengisytiharan darurat; proses percaturan politik pelbagai kaum dan isu-isu pilihan raya sehinggalah kepada tema perjuangan nasionalisme dan kemerdekaan.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh ahli akademik, pendidik, pelajar institusi pengajian tinggi, pentadbir, ahli politik, peminat sejarah dan mereka yang berminat mendalami sejarah perkembangan politik di Malaysia dari zaman penjajahan Jepun sehingga negara ini mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

No reviews found