Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya mengandungi koleksi artikel pilihan oleh Farish A. Noor, seorang sarjana / penganalisis politik dan sosial yang bukan sahaja kritis tetapi berterus terang.
Buku ini mengambil pendekatan dengan menyorot beberapa tokoh terkenal dalam sejarah nasionalisme Melayu dan bagaimana pemikiran mereka dilihat masih relevan sehingga sekarang. Keistimewaan Dr Farish juga dilihat bagaimana ia mengaitkan sumber-sumber daripada naskah Melayu klasik sebagai latarbelakang justeru mengesahkan proses sosialisasi penyatuan antara kaum di negara ini sebenarynya telah lama wujud.
Isu-isu yang menyentuh soal agama Islam dan orang Melayu serta hubungkaitnya daripada segi pelaksanaan undang-undang Islam oleh penguatkuasa yang ghairah tetapi sempit pemikirannya juga diulas secara kritikal dan terbuka.
Buku ini sarat dengan idea dan pemikiran baru tentang betapa perlunya bangsa Malaysia bersikap lebih terbuka dalam melihat kekayaan warisan budaya dan tradisi sejarahnya, dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia baru melepasi faham politik perkauman.
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789834352127
Jumlah Muka Surat: 226
Berat (Kg): 0.30
===========================
No reviews found