DELUSISMA 2.0 (DENGGI) | Badrol Awang [UTUSAN]

Write a review
RM31.00
Ask a question
Price in points: 31 points
9789676127426
In stock
+

Delusisma 2.0 (Denggi) menghimpunkan karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014, iaitu sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi, dan dua buah rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil ciptaan pengarang generasi baharu dan lama.

     Himpunan karya pelbagai genre ini memperlihatkan kreativiti dan ketajaman penulis dalam mengangkat subjek yang berteraskan pertembungan pemikiran dan kesedaran sejagat. Pertembungan idea antara Barat dengan Timur, Islam dengan non-Islam, pertembungan kearifan tempatan dengan pemodenan, dan isu politik setempat menjadi fokus utama kebanyakan karya pemenang. Idea-idea berkenaan diwacanakan dalam konteks dialog yang saling lengkap-melengkapi, namun pada masa yang sama memberikan kemenangan kepada keadilan dan kebenaran sejagat.

     Cerpen "Delusisma 2.0 (Denggi)" yang menjuduli antologi ini menyerlahkan kepalsuan nilai yang dijanjikan Barat dengan menyarankan penggemblengan kearifan tempatan yang dimiliki kalangan yang terjajah bagi menangani dan menangkis propaganda Barat.

KANDUNGAN:

Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Bara Sang Suri - Zaniffa Azzura Abdullah
  2. Bari Orang Lepe Kabu - S.M. Zakir
  3. Delisisma 2.0 (Denggi) - Fahd Razy
  4. Hingyaku - Ratna Laila Syahidin
  5. Pahlawankah Kucing Kami? - Saifulizan Yahaya
  6. Pesanku pada Hujan - Malim Ghozali PK
  7. Psiko - Fudzail
  8. Sang Sutradara - Adam Mustakim
  9. Selimut - Maskiah Masrom

PUISI

  1. Bertengger di Pohon yang Sama - Mohamad Saleeh Rahamad
  2. Dari Mimbar Shinjuku - Syafiq Zulakifli
  3. Di Padang Sarjana - Tuah Sujana
  4. Gurindam Kebenaran - Nazim Subari
  5. Jaulah Sampai Syura - Muzaf Ahmad
  6. Memandang ke Seberang - Shapiai Muhammad Ramly
  7. Perempuan yang Mencintai Purnama - Raihani Mohd. Saaid
  8. Rawan Setiawan - Zulfazlan Jumrah
  9. Sepatu Hijrah - Ratna Laila Shahidin

KAJIAN DAN RENCANA SASTERA

  1. Estetika Pantun Wan Khazim - Rahman Shaari
  2. Realisme Baru Zainal Rashid - S.M. Zakir

No reviews found