Lila mempunyai segala-galanya. Cantik. Kaya. Popular. Namun, segala yang dimilikinya masih tetap tidak mampu menandingi rasa kosong dan sunyi di hati. Hidup Lila berubah apabila maruahnya hampir tergadai di tangan Amri pada malam sebuah parti. Tanpa terduga, muncul seorang lelaki asing menjadi hero penyelamatnya.
Siapa Jaad Hayder yang sebenarnya? Persoalan itu sering menghantui Lila. Kerana, di setiap musibah yang melanda… lelaki bernama Jaad Hayder itulah orang yang akan muncul menyelamatkan Lila tepat pada waktunya.
Ada sesetengah perkara berlaku di luar logik akal manusia. - JAAD
Misteri seorang Jaad tergantung tanpa jawapan. Muncul pula lelaki bernama Fareeq yang merupakan pelanggan tetap di Lila’s Café sehingga membuatkan Lila penat berfikir.
Apa kaitan Jaad Hayder dengan Fareeq Daris? - LILA
Di antara mereka, kedua-duanya ada kaitan dengan kau. - FUTURE LILA
Lila buntu. Masa hadapannya yang hidup di tahun 2029 seolah-olah tidak mahu membantu!
Kadang-kala, sebuah kebenaran itu sangat pahit dan sungguh menyakitkan. - FAREEQ
Ada rahsia yang bakal terbongkar dan ada kebenaran yang akan mengubah keseluruhan hidup Lila. Mampukah Lila melihat lalu menerima kebenaran itu?.
No reviews found