Zetty mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam hidup. Baginya, pendidikan merupakan asas bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Dengan demikian, Zetty berusaha sedaya mungkin dan sentiasa berdoa untuk mencapai cita-citanya, walaupun dilanda pelbagai onak dan ranjau kehidupan. Kemesraan dan kasih sayang ayahnya semakin hambar akibat peristiwa hitam yang melanda keluarganya. Maria, sahabat karibnya pula pergi buat selama-lamanya. Antara luahan dan perasaan cinta Adeq dan Azman, cinta siapakah yang bertakhta di hati Zetty? Semangat kesungguhan dan ketabahan Zetty ini dapat sama-sama pembaca hayati dalam novel ini yang mendapat hadiah kedua, Peraduan Menulis Novel Remaja bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara Peringkat Negeri Sarawak 1999.
No reviews found