Ramimi bercita-cita tinggi ingin menyatukan bangsa Melayu, demi ikatan ukhuwah dan kepentingan pembinaan tamadun yang lebih bermakna. Beliau juga memikul amanah arwah bapanya yang inginkannya mendirikan pusat pengajian tahfiz dan ilmu wahyu. Namun, hidup siapa yang tidak pernah dilanda badai? Hamimi terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang terkadang menguji keperibadiannya, yang hampir meragut kekuatan mental dan fizikalnya. Penentangan daripada adiknya, Bazli yang tamakkan harta, dan James yang cemburukan kejayaannya. Mampukah Hamimi meneruskan cita-citanya? Merealisasikan amanah arwah bapanya? Atau tersungkur rebah ditempuh badai dugaan dan cabaran? Novel ini sarat dengan mesej penting tentang ilmu, kasih sayang dan keadilan dalam kehidupan.
Perjuangan Hamimi masih belum selesai....
No reviews found