[DBP] UNGKAPAN BERKIAS ORANG MELAYU SARAWAK [RAK 22]

Write a review
RM23.00
Ask a question
Price in points: 23 points
In stock
+

Ungkapan Berkias Orang Melayu Sarawak menyirat pandangan jagat atau worldview masyarakat Melayu Sarawak dari pelbagai aspek pemikiran, keperibadian, kebahasaan dan kebudayaan masyarakat tersebut untuk diketahui, difahami dan dinilai oleh masyarakat luar yang berminat untuk mengkaji masyarakat ini. Sementelahan, kajian tentang tradisi lisan dan sastera tradisional orang Melayu Sarawak, khususnya yang berkaitan dengan ungkapan berkias belum dilakukan secara terperinci dan tuntas berbanding dengan pantun. Pengumpulan, penghimpunan serta pendokumentasian ungkapan berkias ini boleh menjadi sumber rujukan untuk para pengkaji melakukan pelbagai kajian yang berkaitan dengan bidang kebahasaan, kesusasteraan, sosiologi dan sebagainya. Orang Melayu Sarawak seperti juga kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu amat kaya dengan sastera lisannya yang belum dikaji dan diterokai secara meluas serta tuntas. Hal ini mungkin disebabkan suku kaum ini tidak begitu dikenali oleh para pengkaji dari luar

Sarawak, termasuklah dari Sabah dan Semenanjung Malaysia. Maka, melalui himpunan ungkapan berkias ini para pengkaji dari dalam dan luar negara akan mempunyai sumber rujukan yang lebih tuntas berkaitan dengan ranah sastera lisan. Selain itu, buku ini cukup penting bagi memastikan legasi ilmu, legasi budaya dan legasi warisan yang berkaitan dengan orang Melayu Sarawak dapat dilestarikan untuk menjadi satu daripada elemen asas dalam pembinaan
peradaban Melayu.

No reviews found