Sistem pengajian pondok merupakan kaedah pendidikan tertua di Asia Tenggara. Perkembangan sekolah Melayu juga tercetus daripada sistem pendidikan pondok di masjid dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Tuan Hussain Kedah, seorang tokoh ulama Malaysia yang bergiat aktif dalam penubuhan sistem pendidikan pondok di Malaysia. Ketokohan dan ketegasan Tuan Hussain dalam mengembangkan agama Islam menyebabkan beliau menjadi idola masyarakat setempat. Hasil penulisan beliau juga banyak menjadi rujukan masyarakat sebagai panduan kehidupan.
No reviews found