Usahawan yang berjaya dipandu oleh keberanian untuk membuat keputusan dan bertindak secara strategik. Mereka membina pelan tindakan dengan menyatukan, menyusun dan mengoptimumkan setiap inci sumber milikan syarikat. Untuk mendapat kelebihan ini, usahawan perlu sensitif dengan kehendak pelanggan dengan menghasilkan kelainan kepada produk melalui daya kreativiti dan inovasi agar dapat memenuhi kehendak semasa dan masa depan pelanggan.
Dengan itu, usahawan yang berjaya hendaklah memiliki wawasan yang jelas, misi yang terfokus dan objektif yang realistik. Kecekapan mereka bukan hanya mempertahankan kualiti produk, tetapi sentiasa komited dan konsisten dengan agenda penambahbaikan berterusan, sesuai dengan kedinamikan tuntutan pelanggan. Strategi yang diambil bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan syarikat, tetapi juga mampu mengekalkan kelebihan kompetitif produk. Tindakan ini bukan sahaja menyukarkan pesaing untuk merebut gagasan pasaran yang telah dicipta, tetapi yang lebih strategik membolehkan usahawan melebarkan horizon pemasaran produk.
No reviews found