Perkataan "promosi kesihatan" menggambarkan satu aktiviti yang sudah menjadi begitu penting dan memperoleh satu momentum dalam millenium yang baru ini.
Ia amat bersesuaian dengan dasar kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggalakkan "Cara Hidup Sihat" dan "Kesejahteraan Masyarakat" melalui pelbagai aktiviti, kempen seta program bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Buku ini ditulis oleh kakitangan Pusat Racun Negara, USM dan diterbitkan bagi tujuan selari dengan matlamat kerajaan. Ia akan menjadi satu panduan asas kepada pembaca dalam hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi menangani masalah kesihatan harian. Ia memberi panduan penggunaan ubat secara rasional.
Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar serta ahli profesional kesihatan dalam bidang farmasi, perubatan dan kejururawatan.
No. ISBN: 9789836298089
Penulis: Mohamed Izham Mohamed Ibrahim et al
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
No reviews found