Setiap kelahiran bayi amat dinantikan oleh pasangan suami isteri. Pastinya wajah comel si bayi akan dibelai dan dimanja oleh ibu dan ayahnya. Akan tetapi, sanggupkah kita membiarkan amanah Allah ini hidup tanpa mendapat haknya. Satu-satunya hak si bayi ialah susu ibu yang melahirkannya. Sekarang ini ramai ibu yang tidak mahu menyusui bayi mereka dengan pelbagai alasan yang ada kalanya tidak logik akal.
Sebenarnya, susu ibu umpama titisan mutiara yang sangat tinggi nilainya. Tiada jenama susu formula yang mampu menandingi kehebatan susu ibu. Setiap bay berhak untuk menikmati permulaan kehidupan yang terbaik melalui susu ibu. Melalui buku ini pembaca akan mendapat maklumat secara terperinci dan menyeluruh tentang kebaikan penyusuan susu ibu, teknik menyusui bayi, cara untuk mengatasi masalah semasa penyusuan, berkongsi pengalaman dengan ibu yang berjaya menyusui bayi mereka serta banyak lagi maklumat yang dapat membantu para ibu. Bahasa yang mudah difahami serta ilustrasi yang jelas dapat membantu pembaca memahami maklumat yang disampaikan dengan lebih berkesan.
Buku ini sesuai dirujuk oleh pasangan suami isteri, ahli keluarga, rakan-taulan dan pengamal perubatan yang ingin membantu menjayakan penyusuan susu ibu.
Anggaplah buku ini sebagai cendera hati yang boleh membantu setiap pasangan merealisasikan hasrat untuk menyusui setiap zuriat yang lahir ke dunia ini.
No reviews found